.

.
"Sweetest Festival Ever" 13 May 2017 | Red Carpet Avenue Strand Mall, Kota Damansara

Sunday, December 4, 2016

Telefilem Tangisan Izara

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo...


Cerita semalam. hahaha. Semalam dok atas bas ontheway balik Palam, tu takdapat tengok and update blog tu. Dalam bas ada TV, tapi signal kejap ada kejap takda, spoil mood, terus tidoq. hahaha😛 Tadi sampai kolej, baru tengok. heee. Siapa tak tengok lagi? Mai sini nak cerita😃
Macam yang Fina cakap dekat atas tu, telefilem Tangisan Izara ni dah ditayangka semalam di slot Cerekarama TV3. Pelakonnya adalah Raja Afiq (sbg Haikal), Janna Nick (sbg Raihana) and Puteri Balkis (sbg Izara) and pengarahnya, Shuhaimi Lua Abdullah.

Tangisan Izara

Cerita ni mengisahkan tentang Haikal dan Raihana yang mula berkenalan masa diorang berdua mendapatkan rawatan di hospital yang sama. Rawatan apa? Both of them sakit; Haikal ada masalah jantung and Raihana menghidap barah.
Lepas beberapa bulan jadi kawan, Haikal melamar Raihana untuk jadi isteri dia. Raihana asalnya tolak sebab dia taknak Haikal susah jaga dia nanti. Tapi dalam masa yang sama, Haikal pun memerlukan sokongan Raihana untuk lawan penyakit dia. In the end, diorang berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Izara

Tangisan Izara

Masa diorang keluar kerja and ulang alik pi hospital, Mak Dah yang mengasuh Izara. Izara taktau pun pasal penyakit parents dia. Kalau boleh Raihana takmau anak dia tau dia sakit. Sedih kot cerita ni. punya laa 'macho' takmau nangis. in the end, menistis jua air mata ku ini. hahaha. hati tisu k hakak sorang ni. isk isk. Sampai bila diorang nak sembunyi pasal penyakit tu dari Izara? Boleh ka Mak Dah jaga and sayang Izara sama macam Raihana and Haikal?
Nak tau kesudahan cerita ni? Boleh tengok sendiri. Penat lah nak cerita detail. hehehe. Click link kat bawah ni okay. 


Macam comel dua orang ni. nah belanja gambar. hehehe. byee! selamat menonton^^
Janna Nick & Raja Afiq
Janna Nick & Raja Afiq
 

2 Stars Talking:

Unni Anje said...

suka tgk puteri balqis ni blkon..coml je

Kin Naz said...

Cerita ni memang sedih terutama part raihana dan haikal meninggal dunia. Meleleh air mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...