.

.
"Sweetest Festival Ever" 13 May 2017 | Red Carpet Avenue Strand Mall, Kota Damansara

Saturday, December 31, 2016

Day #7 , Day #17: Kenangan Pahit

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
Ada kenangan pahit yang telah dilupakan sebab dah move on. boleh macam tu? ๐Ÿ˜› Hmm. Kenangan pahit masa kecik dulu, jatuh basikal, parutnya kekal sampai sekarang.

Kenangan tu masa umur darjah 2 ke 3 ntah...Hmm.. Tak berapa ingat, tapi, sekolah rendah. Kes dia, kacau orang dating. Hahaha. takboleh ingat time tu. Dah laa pakai dress kuning, naik basikal, nampak orang dating, gedik plan dengan kawan-kawan pi kacau, pastu masa larikan diri, pi brek atas batu plak, tertungging laa cerita dia. berdarah kepala, habis dress tu dengan darah. Sejak-sejak tu bertahun-tahun takpakai dress. Start dari Sem 6 diploma baru pakai balik dress. Ingat lagi masa balik rumah, mak terkejut gila, nak bawak pi hospital, taknak sebab takut kena jahit. lol. last-last menangis sampai tertidur, nasib laa tak jadi apa-apa. Pengajaran; jangan kacau orang!

Satu lagi kenangan pahit masa bergelar student diploma. The most pahit ever. Kena repeat course Sem 5. Bayangkan dah Sem 6, sikit lagi nak habis, kena repeat paper pulak. Sedih dia Allah yang tahu. Sedihnya masa tu, dengan pegi kelas sorang-sorang, masuk kelas junior, takkenal siapa-siapa, ditambah dengan risau takboleh grad on time๐Ÿ˜ญ Struggle gila semester akhir tu. pointer cukup-cukup2 makan je. Tapi alhamdulillah, grad on time dengan pointer 3.++. Pengajaran; jangan give up! terus berusaha sampai ke saat-saat terakhir!


**Updated 21/1/2017..Task untuk hari ke-17, 31 Days Challenge by JDT Blogger pun Kenangan Pahit. Macam baru sangat Fina up entry ni untuk 7 days challenge hari tu, So, guna yang sama je lah ek. Heheh :) Takda pengalaman pahit lain? hmm. yang dua ni paling segar di ingatan. so..... peace yo. annyeong!


CABARAN 7 HARI BLOGGING

Day #6: Precious Memory 2016

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Disebabkan challenge ni jatuh di hari terakhir 2016, let me do a throwback on things happened in my 2016 life yang dianggap sweet memories for me sepanjang tahun ni.
  • Watching  Teater #ZombieLalala with Janna Nickers
  • Volunteering for the Balloon Night Run (from the first BNR to BNR 2.0 to the BNR 3.0)
  • Dafi Fan Club's 9th Anniversary Celebration (Bowling Gathering)
  • Volunteering for GPS to Jannah
  • #CintaCharity16 by Adiwangsa Event 
  • DFC Iftar
  • Short getaway to Thailand
  • #SWC4DVDScreening with MYShawols
  • Being the Crew of 2016 Formula 1 Malaysia Grand Prix
  • Being one of the volunteer for #KayuhanHariSukanNegara
  • #PALAMfest by Adiwangsa Event
  • my first DL award :'))
Dafinites & SHINee World

Alhamdulillah, sebahagian daripada kenangan manis ni, yang dulunya impian, tahun ni jadi kenyataan. Semoga lebih banyak kenangan manis tercipta di 2017. Hopfully. Amin^^

Friday, December 30, 2016

Day #5: Favorite Subject

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
Kena pulak topik hari ni, macam tau-tau je hari ni hari first final exam. heheh. Subjek Kegemaran? Hmm. Secara umumnya, anything yang berkaitan dengan numbers. Fina suka membaca, tapi susah nak menghafal, so jadinya, tak suka subjek yang baca-baca. I'm more into numbers and calculation. But, that doesn't mean I'm good in Additional Mathematics. Hahaha. ๐Ÿ˜›

Subjek calculation like Mathematics and Account, also Business Math and Finance.. Boleh laa. Suka buat latihan. Masa buat tu tak sedar masa berlalu. eceh.. heheh. Tapi jangan bagi Add Math dekat budak ni. Masa SPM dulu, cukup-cukup makan je lepas subjek tu. LOL.

Subjek calculation ni, just faham macam mana nak buat, and ingat formula. insya-Allah boleh score. Soalan exam pun bentuk yang sama, so, kita boleh tau mana nak fokus lebih. Sebab tu Fina suka. Kuranglah sikit beban kan. Yang paling penting, jangan careless. Pengalaman diri sendiri, banyak careless dulu, benda simple pun salah. Rasa nak cepuk diri sendiri sebab hilang markah yang tak sepatutnya hilang. Hahah. 

Sekarang dah masuk degree, kurang dah subjek calculation. Tapi still, I love my program, BM236 and currently, my favorite subjects are all the event-related-courses๐Ÿ˜„




notajarijemari: sedang menghintung jam nak balik perlis! hoyeahhh! doakan Fina selamat sampat yea๐Ÿ˜‡
 

Thursday, December 29, 2016

Day #4: Less favourite Food

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Phew. Cabaran betul ni. since I love food to the max, susah nak fikir makanan apa yang kurang digemari. cheq bedal ja semua๐Ÿ˜Ž Tapi, setelah difikir-fikir, petai muncul. Hahaha. Kira makanan jugak laa ni kan? Kekeke. I eat sambal petai, tapi takmakan petai tu, makan sambalnya aja. So, sebab tu lah, kurang digemari, bukan tidak digemari terus. That's it. short and simple. Hahaha. 

Wednesday, December 28, 2016

Day #3: My Favorite Food

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Let the photo speaks. Hahaha. Kes semalam dah ter'post WW bukan main awal, aci tak jadikan challenge ni as Wordless Wednesday? Hahaha. Okay, tak, just kidding๐Ÿ˜€Siapa tak suka makan? Habaq mai sat. Makan itu penting okay. I'm excited when talking about food๐Ÿ’–

So, macam yang boleh dilihat dalam gambar di atas, semua tu makanan kegemaran saya. The Korean foods (Rice roll, Bibimbap, +Spicy rice cake, etc), semua jenis spaghetti, sushi, pulut durian, ice-cream, cake and yang takda dalam gambar, tom yam and daging bakar. Yang ditangga teratas, yang boleh buat nak gila (teruknya) kalau nampak, pulut durian and tomyam. Fina hantu durian. Saja la nak bagi tau. Heheh. Tomyam maybe faktor duduk dekat dengan Siam? Hahaha. Pi mana pun, boleh dikatakan most of the time, Fina order tomyam. Sampai orang tanya tak jemu ke? Kalau dah nama favorite, memang tak jemu laa cerita dia๐Ÿ˜‡ Daging bakar boleh ratah macam tu je. Dapat daging bakar, takdapat nasi pun takpe dah.

Korean foods takpayah cakap laa, sejak-sejak so into K-thinggy, memang effect dia dasyat, asyik craving je. Nasib lah Kimbap (rice roll) boleh buat sendiri. Dddebukki (spicy rice cake) pun boleh buat sendiri, tapi bahan susah nak cari kat Perlis. So, makan masa tengah study ni je lah kat Korean restaurant. Untung jugak sambung study kat Puncak Alam. heheh.

Ice-cream dengan chocolate pantang nampak je nak beli. Suka semua jenis yang nama dia ice-cream and chocolate. Hahahaha. Tapi paling suka ice-cream mint and chocolate Cadburry Black Forest. Spaghetti pun suka semua (dasar kuat makan. LOL); aglio olio the best, carbonara perfect, bolognese soo yummy! Ya Allah! Lapaq nya! Hahaha

Kalau nak list semua, memang sampai esok tak habis. Yang ni top favorite. Yang lagi fav is segala makanan yang mak masak. Itu the best, yang tengah diet pun takboleh control makan bila nampak mak hidangkan makanan yang dia masak. Percaya tak Fina paling suka makan nasi ngan ikan kembung goreng je? Tapi ikan goreng tu mesti mak yang goreng. Kalau kat kedai susah nak makan, tak kena citarasa. Hahahah. 



Dekat instagram, Fina ada buat satu hashtag khas untuk share makanan yang Fina makan and puas hati plus tempat dia sekali. Kalau nak tengok, klik # kat atas tu ye๐Ÿ˜‰. Makanan yang sama, tempat lain-lain. Macam Fina cakap tadi, kalau dah nama favorite, pegi mana pun nak order benda yang sama. heheh.  Happy luncheon everyone!


Kalau korang ada nak suggest tempat makan, tingalkan komen okay. Boleh Fina foodhunting nanti๐Ÿ˜ƒ

Anniversary GiveAway

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 


Pagi-pagi buta up entry join GA. Hahaha. Baru nak tidur ni ha. Biasalah minggu exam kan. Hehehe. Mornight~~^^ 

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 


I'm the type of girl yang boleh terima kalau orang tegur..but tegur kena cara.. jangan tetiba sound. huhuhu. and yeah. I can accept my mistake and learn. Hmm. lusa start final exam..wish me luck :)

Tuesday, December 27, 2016

Day #2: My Dreams

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Setiap orang ada impian. Termasuklah diri ini. Ada banyakkkkk sangat impian. Well, I'm a dreamer. Oh! Not just a dreamer, I'm a dream chaser. So, what is my dream? Sekarang ni, impian yang paling nampak jelas, yang I really really really want it is..... nak jadi seorang Event Manager. Why? Sebab nak tolong orang jadikan their 'dream event' sebagai suatu reality. Ada few events yang Fina nak, tapi tak ada orang organize. Sedih. So, taknak orang lain merasa sedih yang sama, nak jadi Event Manager, dengar apa yang orang request and make it come true. hehehe ๐Ÿ˜†

Nak sampai ke impian yang satu tu, ada lagi impian lain. Antaranya, nak grad on time w first class degree. Besar impian ni. I'll work hard to the final moments. insyaAllah. Impian ni saling berkait dengan my all-time-dream, nak bagi mak abah happy. Mak abah akan happy kalau I did well in my studies. Selain dari nak kerja yang baik-baik, mak abah adalah sebab Fina kuat untuk teruskan perjalanan ni๐Ÿ’•

Selain tu, ada lagi, impian dari dulu yang tak tercapai-capai, jadi seorang photographer. Nak ada studio sendiri laa konon. hehehe. insyaAllah one day. Fina suka ambil gambar, like everything nak d'snap-nya. A picture keep thousand memories you know. ๐Ÿ˜ƒ

One more! Impian nak travel all around the world. Yang ni nak kena kukuh kewangan dulu, baru bisa dilaksanakan. heheh. Okay, tu je lah nak share. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi yang ni Top-5 ✌



"All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them"

Monday, December 26, 2016

Day #1: Saya buat blog sebab......

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Kenapa buat blog? Awal-awal dulu sebab ikut orang. Siapa? Geng VID Dafi Fan Club. Masa tu aktif dekat chatbox DFC and tengok mostly semua Dafinites ada blog. Around 2009 camtu. So, dia pun nak lah buat blog jugak. Hahaha. So, first reason dulu buat blog sebab nak spazzing pasal Dafi. Hahahahahah. 

Tapi lepas tu, slowly tukar jadi 100% personal blog, super personal, macam online diary. Tempat nak luah perasaan; marah, sedih, seronok, excited etc. Bahasa yang digunakan pun dulu... YaAllah... Kalau ada sesiapa baca entry 5-6 tahun lepas kat blog ni... maafkan bahasa saya. hehehehe.

Sebab busy dengan study, ditambah dengan internet access yang limited, beberapa kali blog ni terbiar, tapi I still came back. (sebab ni panggil diri sendiri Blogger Chipsmore..kejap ada kejap tak ada. hehehe). Masih lagi nak blogging. Sebab suka nak share something I love, something that make me happy with other people

Besides, lagi sayang nak tinggal blog sebab Nuffnang still berjalan even I didn't update the blog. So, rasa macam rugi kalau biarkan macam tu je. Selain boleh share banyak benda dengan orang lain, dengan blog jugak, boleh jana side income. So, tu current reason blog ni masih bertahan kat sini. I love writing anyway. So, nak guna blog ni untuk improve penulisan.

Makin meningkat umur, makin bertukar sebab blogging. Hahahah. As for now, semua yang dinyatakan adalah antara sebab-sebab blog ni ditubuhkan. Ecehh. Hehehe. That's all for Day #1. Jumpa esok! Nak pi streaming SBS Gayo Daejun ni. Bye!

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


JOM ramai-ramai join. Klik banner kat atas tu je. Selamat ber'segmen^^
 

Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Kalau minggu terkahir November lepas Fina habiskan dengan 7 Days 1Week Blog Challenge by Rii. Untuk minggu terakhir bulan ni dan juga minggu terakhir 2016, Fina nak sahut another challenge by another blogger, Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina. Actually dah terlambat sehari, tapi nak habiskan dalam tahun ni jugak. So, Day 6 and Day 7 akan di'post pada hari yang sama nanti, boleh yeee? *buat muka comel* .. ahahaha. nak blogwalking jap. So, see ya petang or malam nanti okay? stay tuned~๐Ÿ˜ƒ

 

Sunday, December 25, 2016

#MyTravelokaEscapade: The Escape to My Dream Destination

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
๋Œ€ํ•œ๋ฏผ๊ตญ
South Korea

That is my dream destination. Since around 5 Years ago I guess. Until today, it is still a dream. I always want to go there. Will Traveloka transform it from ‘my dream destination’ to ‘my favorite destination’? I don’t know. I just trying my luck. Mana tau ada rezeki kan. Heheh. Plus, I think this is the right time to share about this dream. Thanks to this contest❤ So, if I ever won a FREE vacation to my dream destination from Traveloka, these are the things I’d do there. Oh! Before that, I’m going to label this dream as K-trip (stand for Korean Trip) 


1.   Viewing Seoul from Namsan Tower (N Seoul Tower)

My K-trip dream start here. Years ago, even before I’m so into Korean thingy... I wanna go here. Namsan Tower which is currently known as N Seoul Tower. From all the pictures I see, the view of Seoul from Namsan Tower especially the night view is super duper beautiful. I want to view it with my very own eyes. Besides, I wanna put my padlock there. That is the mission. Mungkin jugak, boleh fefeeling Gu Jun Pyo and Geum Jan Di (Boys Over Flower). Kekeke


2.   A visit to Busan


I just wanna visit Busan. Walk walk walk and walk around its sandy beach. Also enjoying my favorite view. Sea view. Looking at the sea makes me calm, makes me forget about my problems for a while. It gonna be like the concept of this visit is...my healing time๐Ÿ˜Š Oh! People always said that it’s such a waste if you didn’t try the seafood at Busan. And I love seafood! So, if I ever got a chance to go to Busan, I don’t want to miss the taste of its fresh seafood.


3. Eat all my favorite Korean foods

I love food you know?! Sapa tak suka makan? Hahaha. Yes, I’ve been eating a lotsss of Korean food here in Malaysia especially during my degree life sekarang ni. But, of course I nak rasa makanan Korea dekat Korea tu sendiri. The feeling going to be different you know. Kimbap, Tteokbokki, Bimbimbap, Jajamyeong, the fishcake and the other street foods there....and many more. Oh my god. Just think about these food make me super excited๐Ÿ˜


4. Finding my Loves at SM & FNC Entertainment + Visit SMTOWN Coex Artium
Who are my loves? If you read my blog, you’ll know. Hahahah. Okay sorry. Let me tell you. They are Korean Idols; SHINee, CNBLUE and Girls Generation. Out of lotssss of Korean Idols there, these 3 got my heart. They are the idols under these company. I know I won’t be able to see all of them.  But, it would be still lucky if I can go and just take a selfie in front of the building. Well, I will get a memory of standing in front of my favorite idols’ workplace. A fangirl is a fangirl. You can’t do anything about it. Kekeke ๐Ÿ˜œ

cr: SM Entertainment 
SMTOWN Coex Artium is one-of-a-kind of entertainment space for a fangirl like me. Hahah. I seriously want to go to SUM Cafรฉ where I can buy my favorite idols’ (SHINee and Girls Generation) goods. 


5. Shopping at Insadong


A great place to buy souvenirs people said. I love souvenirs as it will become a token of memory that I've arrived at the place๐Ÿ˜

There are still a lot of things I’d do and places I wanna visit if I go to Korea. But, let me save it for the next posting. Perhaps, the next posting about Korea at my blog will be the story of my K-trip. A real K-trip that is not a dream anymore. Yeap. If Traveloka make this dream come true. Hehehe. Wish me luck!


Wanna join this contest? You may use your FB too. Click here -- You need a holiday lah! #MyTrevalokaEscapade 






All the pictures in this posting are credited to the  right owner. 

Wednesday, December 21, 2016

Wordless Wednesday #11

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo... 

1 week left before first paper (Final Exam Semester 4) ... Tapi asyik nampak bantal and katil je. Hahahaha. Ada sesiapa boleh pass mood rajin to me tak? Seriously need it right now. hahah
 

Top 3 Fesyen Terkini Popular di Malaysia

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo... 
cr google
Hello people! Good morning. Have a nice day ahead๐Ÿ˜„ Hmm. I’m not that fashionista but it doesn’t mean I can’t write about the current trend here on my blog right? Hehehe. Saja intro in English. Gedik dia kadang-kadang sampai jugak. Hahahah. Okay. Let’s get back to the topic, shall we? :) oh this entry specially for female only. hehehe. male boleh tengok jugak, kot boleh suggest to your loves one ;)
Saban tahun kita akan dapat lihat perubahan trend fesyen terkini dalam pasaran seperti yang dicetuskan di atas pentas-pentas peragaan fesyen antarabangsa dan tempatan. Untuk tahun ini kita boleh lihat banyak gaya fesyen terkini paling hangat ditampilkan dan menjadi pilihan ramai pencinta fesyen di seluruh dunia.
Kalau korang nak tampil menarik mengikut trend fesyen yang tengah hot spicy macam yang diketengahkan oleh banyak jenama fesyen besar… You go girls! Jom tengok Top 3 trend fesyen terkini popular yang tengah mendapat tempat dalam kalangan fashionista di Malaysia. 
1.   
      1. Dress

      Dianggap sebagai antara produk fesyen yang paling popular di Malaysia buat masa ini. Baju gaun menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan wanita muda dan remaja. Banyak koleksi dress yang kita boleh dapat melalui website online shopping sekarang. Selain baju dress online, baju dress Muslimah online juga menerima permintaan yang cukup menggalakkan dalam pasaran.

       2. Skirt

Antara women bottom online yang terus mengungguli carta dalam pasaran fesyen di Malaysia. Ianya telah dianggap sebagai antara wardrobe essential terutamanya dalam kalangan wanita urban. Skirt kini bukan sahaja boleh dipakai secara kasual mahupun glamor untuk ke majlis-majlis istimewa, kini ia menjadi antara fashion must-have untuk dipakai oleh wanita berkerjaya ke pejabat.
  
       3.  Fesyen Muslimah
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat trend fesyen Muslimah terkini semakin meresap dalam industry fesyen Malaysia. Banyak butik pakaian dan butik fesyen Muslimah online yang mula menawarkan rangkaian koleksi pakaian Muslimah online dengan pilihan yang cukup meluas. Antara koleksi pakaian Muslimah terkini online yang menjadi pilihan hijabista adalah seperti baju kurung moden, baju kurung peplum, baju jubah dress dan tudung terkini.

Suka dress, tapi pakai masa-masa tertentu je. Exclusive. Heheh. Suka skirt jugak! Tapi rasa weird bila pakai. Orang lain pakai cantik je, sekali iols yang pakai…erm….haha. Muslimah ofcourse I love it! Yang tengah baca ni seorang fashionista/hijabista? Or seorang yang tengah kearah nak follow fesyen terkini?  Perhaps you may check this out and get your desire outfit >> Fesyen Terkini :)

inspiration❤ cr; lofa's ig
Selamat berfesyen! Bye^^
 

Tuesday, December 20, 2016

Lesson of the Day~!

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Just a quick post nak share pengajaran hari ni. especially dengan students. Hmmm camni.....

fina memang jarang lambat ke kelas. Tapi setiap kali TERlambat, mesti kena teruk punya. almost cried again tadi dalam kelas EWC (English For Report Writing). gila tak terasa nak menangis bila lecturer cakap nak bagi 0 untuk assignment and presentation yang kau dah bersungguh-sungguh siapkan. isk. takpernah lambat lagi kot pergi kelas ni, ni first time sebab pergi print report. keluar lambat ? nope. memang keluar awal, dah planning bajet sampai kelas on time. tapi printer kat kedai tu masalah plak. jenuh tunggu. tu yang lambat. haduii. Madam memang kecewa gila lah. huwaaa. takda niat nak kecewakan lecturer camni. Nasib lah in the end madam proceed jugak dengan presentation. nasib madam tengah marah2 camtu, takblah terus.. and ktaorang habis on time semua group. Alhamdulillah. Thankyou madam sebab bagi peluang and sorry sebab lambat 17 minit๐Ÿ˜ญ

So, pengajarannya: Print your assignment right awayyyyy lepas siap. Lepas siap, terus print! Jangan tunggu esok or esok or esok lagi even ada masa. You wont know what is going to happen in the next day.  sekian dari saya. hahaha. bye!
 

Sunday, December 18, 2016

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

a few entries dekat draft masih kekal di draft. takboleh nak fokus update tulis betul-betul sebab otak masih memikirkan research proposal yang belum siap ini. Jadi, untuk rehatkan minda kejap, moh ler join segmen lagi. heheh. the next segmen is Fixed Blogslist Segmen by Asya Amin. sesiapa yang join, dapat masuk bloglist tetap AsyaAmin. a simple segment with simple syarat-syarat. rugi tak join, kalau nak join, klik banner di bawah k ;)


suka nama blog dia Infinite Dream. I'm Dare To Dream. geng dreams. ekekeke. selamat bersegmen semua! xoxo~~

Hot and Spicy: Bagusnya Bloglist
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...