Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-
Lepas Kau Aku Kita, ni another drama yang buat Fina completely jatuh hati lepas tengok 1 episode je. Tapi Kau Aku Kita separuh cerita baru Fina tertengok (Eps 6) .. lepas tu semput catch up. hahaha. yang Sha dan Shah ni, Fina follow dari minggu pertama lagi XD
terbaik ah gandingan Kamal AdliandSyatilla Melvin ni. diorang tersangatlah comel-sweet-kelakar .. and Fina rasa, ni lakonan paling best Kamal. heheh. takpernah takgelak tengok drama ni especially part Kamal Adli cakap laju2 and buat comel.. kelakar habiss!
malam ni dah Episode 9..jom lah ramai-ramai tengok! besttt weyyy ;) check segala info di bawah ya^^
Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah (lakonan Kamal Adli) dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusanuntuk belajar di Malaysia sahaja.
Bila Shah kembali ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hnaya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodhkannya dengan gadis lain.
Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.
Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkah Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya??
Laugh Out Loud Entertainment mempersembahkan Konsert 5 Divo! 5 penyanyi dari 3 buah negara bakal disatukan di atas pentas yang sama pada 13 Februari 2016. Mereka ialah Taufik Batisah, Afgan, Hazama, Hafiz dan Judika. Konsert ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Tickets detail and seating plan:
Grab your tickets now!! Online purchase available at < Ticket Pro >
Dekat instagram sekarang macam meriah dengan #KarokAJL ..mood Anugerah Juara Lagu ke-30 lah katakan.. Apakah #KarokAJL ?? #KarokAJL ni peraduan yang TV3 tengah buat. senang je nak join, korang pun berpeluang untuk join dan menang.. tengok info dalam gambar kat bawah ni^^
haa. dah faham kan.. wang tunai RM300 weyy. perghh. siapa yang join, goodluck yea.
artis-artis tak kira pelakon ke penyanyi pun ramai yang join #KarokAJL ni untuk promote, then cabar kawan-kawan yang lain untuk join. suka tengok. hahaha. and my favourite semua dah join. check out their videos kat bawah ni^^
Terpaksa buat scroll box sebab video instagram ni besar gedabak. so, korang sila scroll ye, ada 4 video semuanya^^ anyone ada idea macam mana nak kecilkan embed instagram video..??
hye! another giveaway gaiss! giveaway ni ada ala-ala contest. taktau lah bernasib baik ke idok, cheq ni takda laa kreatif mana. heheh. itu belakang kira..ikut rezeki masing-masing. yang penting macam biasa, nak support rakan blogger dan memeriahkan giveaway^^ so...lets start!!
hadiah pilihan : customize notebook/planner
awat pilih hadiah ni? sebab suka lah! hehehe. plus plus, cheq takdak lagi planner 2016. so, kalau ada rezeki, boleh dapat planner. senang nak plan jadual.customize lagi chuols. cheq memang obses dengan barang2 customize ni ;) cantikk kottt customize planner ni....! nakkkkk! T_T ok,next task.........!
Azam saya pada tahun 2016 adalah ........
banyak sebenarnya azam tahun ni...Fina tulis yang utama je lah eh.. check it out!
first, Fina namakan azam 3.5...apakah 3.5? students mesti tau kan? azam nak dapat Dean List. 6 sem diploma sampai dah grad, takpernah merasa tengok pointer 3.5 terpampang kat result. so degree life ni, hopefully ada rezeki gapai 3.5 tu. doakan Fina eh.
next azam berkait dengan azam yang first.. nak lawan penyakit malas dan kurangkan term 'terlampau rilex'..yelah, nak capai azam yang first tu, kena lah usaha betul2..takleh malas dan banyak main.
another azam, nak saving! tahun lepas failed menyimpan ni. asal simpan duit je, dah banyak sikit, guna untuk benda lain. tahun ni tak boleh jadi, kena control jiwa raga. dua puluh dua tahun dah kot, takkan nak menyusahkan mak ayah bagi duit tiap masa kot. kann? plus wajib ada simpanan untuk masa depan. ada laa plan something untuk buat simpanan duit..sorry takleh reveal sini, sebab masih dalam perancangan. :)
dan lagi, Fina nak serius berblogging. eh. selama ni tak serius ke? hahaha. serius laa. tapi asyik jadi Blogger Chipsmore je..kejap update kejap idok..kali ni nak bagi blog ni hidup kembali. at least sehari, satu entry. insyaAllah..
so, kesimpulannya, Fina berazam tahun 2016 ni untuk mencapai segala azam yang dinyatakan di sini plus yang takdinyatakan jugak dan...berazam untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni :) amin....
niat d'hati nak meriahkan giveaway ini, tapi tipu lah kalau cakap tak menaruh harapan untuk dapat hadiah pilihan hati. hehehe. segala syarat telah dipatuhi, harap-harapnya entry ni dapatlah menambat penganjur dan para sponsor punya hati ^_^
eh eh. t'keluar pantun tak jadi plak. hahaha. okay itu saja. lambat lagi due date, so, jom join ramai2! ;) byebye. xoxo