Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
|
gambar hiasan tajaan google ahjusshi :P |
Untuk mencegah bau badan, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan seperti
minum air putih yang banyak dan
ambil makanan yang mengandungi serat dan buah-buahan.
Berikut adalah tujuh jenis makanan yang
harus dielak untuk mencegah bau badan dan mulut:
1. Rempah Ratus
Rempah memang mempunyai aroma yang sangat kuat, ketika di kunyah dan makan, rempah akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah dan akan melalui paru-paru dan liang pori kulit manusia. ini akan meyebabkan bau badan dan mulut yang sangat kuat. Contoh makanan itu seperti bawang putih, bawang merah dan kari.
2. Daging Merah
Daging merah memerlukan masa yang lama untuk mencerna dan ketika makanan tidak tercerna, racun dan gas berbau busuk dilepaskan yang akan menyebabkan kepada bau keringat. Satu kajian dibuat menyatakan bahawa bahan kimia yang terkumpul akan membuatkan badan manusia berba dan ini sering terjadi kepada wanita berbanding kaum lelaki.
3. Alkohol dan kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mempunyai kafein tinggi seperti kopi, teh dan coklat. Ini untuk mengatasi masalah bau mulut yang kuat dan badan akan terasa lebih segar dan tidak menimbulkan bau yang kurang enak.
iamFyna: erk? bukan minum kopi lagi segar ke ? O.o okay. sekarang tengah cakap pasal bau. bukan kesegaran :P
4. Makanan Segera
Makanan ini mengandungi terlalu banyak garam, gula, tepung dn minyak. Apanila makan akan mengeluarkan bau nafas yang kurang menyenangkan seterusnya badan akan berbau apabila berpeluh.
iamFyna: dok kolej selalu laa makan makanan segera O.O
5. Produk Susu
Produk susu mengandungi protein yang banyak dan menghasilkan hidrogen sulfida dan metil yang boleh mengeluarkan bau busuk kepada badan manusia.
iamFyna: omgg ! favourite kottt! ><
6. Makanan Goreng
lemak dan minyak dalam makanan yang digoreng akan mengeluarkan bau badan yang tengik kepada seseorang yang bertubuh besar terutama apabila makanan itu tidak dicerna dengan betul.
iamFyna: yeke ?? O.O baru tau~
7. Tembakau
Asap rokok akan mengeluarkan bau yang kurang enak kemudian akan melekat pada badan atau baju sesorang. Mulut mereka akan mudah berbau asap, sebab itu kita mudah untuk syak sama ada seseorang merokok atau pun tidak.
iamFyna: yang nie memang dok tau dah. so, jangan merokok ! *kempen plak :P
perasan tak tajuk dengan content macam lari sikit ? alarhh. sikit ja. still berkait. ;) heh. okay lah.. tu je nak share tengah malam ni. heee. try laa elakkan apa yang ptot ea. tengok laa berbau ke tak. selamat mencuba !
cr: Harian Metro _ 17 Mei 2013
terasa macam badan nie berbau :( but....tanya kawan2...diorg cakap tak. hmmmm.