Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, January 18, 2016

[Drama] Sha dan Shah

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Lepas Kau Aku Kita, ni another drama yang buat Fina completely jatuh hati lepas tengok 1 episode je. Tapi Kau Aku Kita separuh cerita baru Fina tertengok (Eps 6) .. lepas tu semput catch up. hahaha. yang Sha dan Shah ni, Fina follow dari minggu pertama lagi XD

terbaik ah gandingan Kamal Adli and Syatilla Melvin ni. diorang tersangatlah comel-sweet-kelakar .. and Fina rasa, ni lakonan paling best Kamal. heheh. takpernah takgelak tengok drama ni especially part Kamal Adli cakap laju2 and buat comel.. kelakar habiss!

malam ni dah Episode 9..jom lah ramai-ramai tengok! besttt weyyy ;) check segala info di bawah ya^^

Drama: Sha & Shah
Episod: -
Hari/Masa: Isnin-Khamis, 10:00malam
Siaran: Astro Ria & Ria HD
Novelis: Sha Ibrahim 
Pengarah: Eyra Rahman
Terbitan: MIG Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan.

Sinopsis
Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah (lakonan Kamal Adli) dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusanuntuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hnaya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodhkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkah Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya??



Nak tahu kesudahannya, kena lah tengok. fully recommended! heheh. jom layan OST dulu sementara tunggu pukul 10. (^^,)


 

Thursday, January 7, 2016

[Drama] Anakku Diva

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Hai hampa semuaa. kami nak ajak hampa semua tengok drama yang sedang ditayangkan di slot Dahlia TV3 sekarang nih... Anakku Diva.. besttt weyyyy.. kami kerja gelak ja tengok ni. hahahaha. mmg berkenan tengok cerita ada cakap utagha..kami kan orang Perlis. heheh. oh ya! ni bukan adaptasi novel.. haa! nak tau detail..?? scroll down yaa ;)

Drama: Anakku Diva
Episod: 13 Episod
Siaran: Slot Dahlia TV3
Hari/Masa: Jumaat-Ahad, 7pm-8pm
Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil/Marr Mohammad
Pengarah: Hj Azman Yahya @ Jinggo
Pelakon: Janna Nick, Ardell Aryana, Farzana Latiff, Dania Erisha, Sajiri, Emylia, Zoey Rahman, Erwin Dawson, Fara Mendoza, Zalfa Zin, Mimie Haris Haeriyanyo, Fiza Halim,Ramona Zamzam, Shakila Khoriri.

cerita ni tak missed trending kat twitter untuk episod 1 ngan 2.. cayalah Janna Nickers and fans Anakku Diva.. sebelum cerita start pun dah trending.. memang ohsemm (Y)

          

kat kolej takleh tengok tv, nasib laa boleh streaming kat Tonton *joget joget* heheh. gigih kami streaming sebab nak tengok gelagat Mak Jena (as Melati) dengan family dia dalam cita nih^^ ohyeah...kami Team Melati .. keke.. esok Episod 3..jom ramai2 tengok naa ;)

A video posted by Behind The Scene (@jspictures_js) on


"Apa akan terjadi apabila 3 puteri dari utagha tinggal sebumbung dengan 3 puteri kota metropolitan?" nak tau kena laa tengok Anakku Diva! ;)
TONTON ANAKKU DIVA ONLINE [KLIK SINI]


#anakkudiva
#teamMelati

Wednesday, May 1, 2013

[Drama] Kisah Chenta Cornetto Uda Dan Dara

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Hye guys ! just a quick post to tell everyone about this new drama Kisah Chenta Dafi dan Dara. eh ! salah. HEHEHE. maaf ! xP

Kisah Chenta Uda Dan Dara . baru betul. hehe ;)) 
setiap hari Rabu, *bermuala malam ini (1 Mei 2013)* ,
  9 Malam di 
Astro Ria (saluran 104)
. jangan lupa tengok k ! ;)

kosmo
cr: Tupai @Yahoo
cr: Instagram @dafiismailsabri ^_^
Dibintangi oleh Dafi dan ChaCha Maembong 
dan turut dibarisi oleh Shafiqah Fauzi, Alif Hadi, Jen Shukri, Anwar Mukles , Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam dan Normah Damanhuri. 
Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara merupakan sebuah drama bersiri yang dipersembahkan oleh Cornetto dan Astro.Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing. Tiga pasangan Uda dan Dara Malaysia. Satu perjalanan K-Pop. Satu kisah kesungguhan,ketekunan dan naluri kasih sayang.Sertailah Dafi,Chacha Maembong dan Alif Hadi untuk treler yang bakal disiarkan melalui Astro Ria(Saluran 104) mulai 1 Mei setiap Rabu, pukul 9 malam.Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.


Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara akan menjadi drama yang terhangat tahun ini jadi jangan ketinggalan! - Queenpink

credit : Kosmo + Yahoo + blogger ( Queenpink & AsyikMaiburogu )

cr: Instagram @cikmanggis
#kisahchentaudadandara ^_^





excited nak tengok Dafi berlakon lagi. weweeeee x)))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...