Monday, January 18, 2016

[Drama] Sha dan Shah

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Lepas Kau Aku Kita, ni another drama yang buat Fina completely jatuh hati lepas tengok 1 episode je. Tapi Kau Aku Kita separuh cerita baru Fina tertengok (Eps 6) .. lepas tu semput catch up. hahaha. yang Sha dan Shah ni, Fina follow dari minggu pertama lagi XD

terbaik ah gandingan Kamal Adli and Syatilla Melvin ni. diorang tersangatlah comel-sweet-kelakar .. and Fina rasa, ni lakonan paling best Kamal. heheh. takpernah takgelak tengok drama ni especially part Kamal Adli cakap laju2 and buat comel.. kelakar habiss!

malam ni dah Episode 9..jom lah ramai-ramai tengok! besttt weyyy ;) check segala info di bawah ya^^

Drama: Sha & Shah
Episod: -
Hari/Masa: Isnin-Khamis, 10:00malam
Siaran: Astro Ria & Ria HD
Novelis: Sha Ibrahim 
Pengarah: Eyra Rahman
Terbitan: MIG Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan.

Sinopsis
Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah (lakonan Kamal Adli) dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusanuntuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hnaya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodhkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkah Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya??



Nak tahu kesudahannya, kena lah tengok. fully recommended! heheh. jom layan OST dulu sementara tunggu pukul 10. (^^,)


 

2 Stars Talking:

The Putra Diverse said...

sya addict dgr lagu hatihati. hehe

Nadratul Syazwana said...

Hahahha taktahu pun kewujudan cerita ni oh. Tahu sejak yg Sam nak kawin dgn Syatilla tula then baru dengar Sha & Syah ni huhuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...