Showing posts with label artikal. Show all posts
Showing posts with label artikal. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Gambar Pertama dalam Majalah! XD

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo... 
cr: KLiK official fb
omg! gambar yang me snap masuk majalah! first time k..first time. sorry laa ter'over excited. haha. yeap. Majalah KLiK keluaran 1 Nov, Edisi Daebak Ulang Tahun :D serious taktau gambar ni dijadikan sebahagian dari artikal. tu yang terkejut tu. ada orang snap both page masuk dalam group..scan punya scan..."omg! tu gambar yang me send dekat group hari tu!" eh. gambar apa ni?? gambar merchandise yang dapat masa gathering SPG/YSMY kat Stadium Negara, Ogos hari tu. hee
original post yg fina send kat group
like always, sesaja suka snap pic merch tu and send kat group tanda terima kasih. Fina cam tu gambar by Fina sebab tikar kat bawah tu. ^^ thanks laa SPG sebab dalam banyak2 gambar merch, gambar tu korang send kat team KLiK. ni ha artikal nya....

Sokongan Padu YongSeo Malaysia
a lil bit sad sebenarnya sebab group photo masa gathering during #CSMY, Fina takde. Fina join gathering tu. tapi asyik berlari ke sana sini, missed the group photo session. huwaaa TuT tapi takpelah. takde muka sendiri, ada gambar by me kira ok laa, pengubat duka gitu. walaupun kecik ja kat penjuru tu...tak kisah! wakaka.

story pasal cnbluebeat dengan mysone pon ada^^ almost complete for me. sukaaa

CNBLUEBEAT Nadi CNBLUE Malaysia
mysone Setia Pada Girls' Generation
Sweet Potato Go-Chun / YSMY is Malaysia fanbase for YongSeo^^
CNBLUEBEAT is a Malaysia fanbase for CNBLUE
MySone is a Malaysia fanbase for Girls' Generation

yes. I'm a Boice, Sone and....Goguma :) aigo.. kalau ada yang myshawols sekali mesti lagi complete. takpe2, next time okay, KLiK? hehehe ;)) okay. itu sajee. bye!

Friday, October 18, 2013

131013 SHINee in Malaysian Newspaper [Harian Metro]

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


SHINee feature futuristic elements

Good news for SHINee's fans, this popular K-pop group is back with new music video entitled Everybody which is included in the 5th mini album. Through upbeat and energetic melodies, Everybody, SHINee is not disappoint when come up with an interesting choreography. The touch of veteran choreographer, Tony Testa who previously collaborated with SHINee through the songs Sherlock and Dream Girl makes Taemin, Key, Jonghyun, Onew and Minho as some of the best dancer in Korean art (music) arena. Futuristic element as the background, those five young man appear handsome in the modern army outfits. SHINee performed that song for the first time in a special event in Gangnam before performing it at  M!Countdown stage on the last Thursday. The mini album will hit the market beginning tomorrow.

Translated by me ( nurEdrina )
errr. sorry if there are grammar mistake. my English is not very good. TuT





this newspaper dated 2013, Oct 13 .. i just got my broadband back. so, can only share this now. huhu

Friday, May 17, 2013

7 Cara Menghilangkan Bau Badan

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

gambar hiasan tajaan google ahjusshi :P

Untuk mencegah bau badan, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan seperti minum air putih yang banyak dan ambil makanan yang mengandungi serat dan buah-buahan.

Berikut adalah tujuh jenis makanan yang harus dielak untuk mencegah bau badan dan mulut:

1. Rempah Ratus
Rempah memang mempunyai aroma yang sangat kuat, ketika di kunyah dan makan, rempah akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah dan akan melalui paru-paru dan liang pori kulit manusia. ini akan meyebabkan bau badan dan mulut yang sangat kuat. Contoh makanan itu seperti bawang putih, bawang merah dan kari.

2. Daging Merah
Daging merah memerlukan masa yang lama untuk mencerna dan ketika makanan tidak tercerna, racun dan gas berbau busuk dilepaskan yang akan menyebabkan kepada bau keringat. Satu kajian dibuat menyatakan bahawa bahan kimia yang terkumpul akan membuatkan badan manusia berba dan ini sering terjadi kepada wanita berbanding kaum lelaki.

3. Alkohol dan kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mempunyai kafein tinggi seperti kopi, teh dan coklat. Ini untuk mengatasi masalah bau mulut yang kuat dan badan akan terasa lebih segar dan tidak menimbulkan bau yang kurang enak.

iamFyna: erk? bukan minum kopi lagi segar ke ? O.o okay. sekarang tengah cakap pasal bau. bukan kesegaran :P

4. Makanan Segera
Makanan ini mengandungi terlalu banyak garam, gula, tepung dn minyak. Apanila makan akan mengeluarkan bau nafas yang kurang menyenangkan seterusnya badan akan berbau apabila berpeluh.

iamFyna: dok kolej selalu laa makan makanan segera O.O

5. Produk Susu
Produk susu mengandungi protein yang banyak dan menghasilkan hidrogen sulfida dan metil yang boleh mengeluarkan bau busuk kepada badan manusia.

iamFyna: omgg ! favourite kottt! ><

6. Makanan Goreng
lemak dan minyak dalam makanan yang digoreng akan mengeluarkan  bau badan yang tengik kepada seseorang yang bertubuh besar terutama apabila makanan itu tidak dicerna dengan betul.

iamFyna: yeke ?? O.O baru tau~

7. Tembakau
Asap rokok akan mengeluarkan bau yang kurang enak kemudian akan melekat pada badan atau baju sesorang. Mulut mereka akan mudah berbau asap, sebab itu kita mudah untuk syak sama ada seseorang merokok atau pun tidak.

iamFyna: yang nie memang dok tau dah. so, jangan merokok ! *kempen plak :P

perasan tak tajuk dengan content macam lari sikit ? alarhh. sikit ja. still berkait. ;) heh.  okay lah.. tu je nak share tengah malam ni. heee. try laa elakkan apa yang ptot ea. tengok laa berbau ke tak. selamat mencuba ! 

cr: Harian Metro _ 17 Mei 2013





terasa macam badan nie berbau :( but....tanya kawan2...diorg cakap tak. hmmmm. 

Saturday, April 20, 2013

Artikal : Kanak-Kanak Maut Dirempuh

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

*petikan dari Sinar Harian ; Sabtu 20 April 2013*

Kenderaan unit pengiring polis gagal elak mangsa melintas jalan menaiki basikal



KANGAR - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta pengiring polis di Kilometer 4 Jalan Kaki Bukit di Kampung Salang, dekat sini petang semalam (19/4/2013).

Mangsa, Mohd Akmal Daniel, 11, dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas bermain hoki di sekolahnya sebagai persediaan  untuk bertanding di peringkat negeri.

Bapanya, Che Azmi Che Ani, 37, berkata, anaknya memang aktif bersukan dan kebiasannya dia minta untuk pergi sendiri ke sekolah pada waktu petang.

"Melainkan sesi persekolahan pada waktu pagi, saya yang hantar dan ambilnya dari sekolah. Akmal selalu sebut dia nak ke Melaka sebab ada pertandingan hoki di sana bersama 10 rakannya yang terlibat. Jadi, setiap petang dia perlu ke sekolah untuk menjalani latihan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sepupunya, Nor Mardiana Mohd Noor, 27, berkata, dia tidak menyangka kerana baru sahaja berjumpa dengan mangsa sebelu kejadian.

"Saya terkejut apabila dikhabarkan dengan berita kemalangan ini kerana baru sahaja bertemu dengannya waktu makan tengah hari sambil bergurau dengannya. Biasanya, saya akan memeluknya sebelum ke sekolah memandang dia seorang kanak-kanak yang manja tetapi, pada hari kejadian saya terasa berat untuk berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang apabila pemandu unit kenderaan unit pengiring polis dari arah Beseri ke Kangar tidak sempat mengelak mangsa yang sedang melintas jalan menaiki basikal.

Menurutnya, mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.





berhati-hati di jalan raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...