Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

Tayangan Perdana Filem "Soulmate Hingga Jannah"

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Soulmate Hingga Jannah
16 Feb 2017

Cerita semalam.. went to Tayang Perdana Promosi Filem "Soulmate Hingga Jannah" with half of my Adiwangsa Girls dekat DATC, UiTM Shah Alam. Terima kasih kawan-kawan FiTA (Fakulti Filem Teater dan Animasi) yang jemput ktaorang😊 Promosi filem ni dianjurkan oleh final year students FiTA as diorang punya final project.


Filem arahan Prof. Dr. A Razak Mohaideen (FDAM), lakonan Taufik Batisah, Reen Rahim, Raja Ilya, Erra Fazira, Douglas Lim, Nad Zainal dan ramai lagi. Filem ni mengisahkan tentang sebuah janji oleh sang suami kepada sang isteri. Taknak become a spoiler..so tu je nak cakap. hahaha. overall cerita, bagi fina, memang best, tak heavy sangat nak follow sampai habis. 4/5😊 apa pun, paling super duper best part Douglas Lim...lawak gilaa. penat gelak. hahaha. kalau nak tahu macam mana jalan ceritanya, apa kisahnya, apa kesudahannya.... kena tunggu cerita ni ditayangkan di pawagam tahun depan okay, 16 Februari 2017. save the date! pergi tengok ramai-ramai ya, angkut semua kawan-kawan and family. ;)


She is sooo cantikkkk! T_T

Tuesday, November 1, 2016

[Filem] Doctor Strange 2016

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 



just a quick and short review. not a spoiler review ;)
⅘ ****
Synopsis: Dr. Stephen Strange's (Benedict Cumberbatch) life changes after a car accident robs him of the use of his hands. When traditional medicine fails him, he looks for healing, and hope, in a mysterious enclave. He quickly learns that the enclave is at the front line of a battle against unseen dark forces bent on destroying reality. Before long, Strange is forced to choose between his life of fortune and status or leave it all behind to defend the world as the most powerful sorcerer in existance.

baru tengok filem ni kelmarin. besttt weyyyy. my friend 2 kali gi tengok, 2 hari berturut2. nak tulis pasal cerita, but kang jadi spoiler plak kan. so bagi synopsis dengan trailer je lah ;p .. tapi serious laa best. terasa nak gi tengok yang 3D plak, visual effect dia pergh terbaik. as expected laa kan filem omputih. hehehe ^_^)v siapa yang gi tengok, lepas keluar list credits tu, stay! jangan keluar lagi, sebab ada sambungan sikit. kalau taknak tengok, keluar lah,..but rugi lah sikit. kekeke. nway, yang bagusnya doktor ni,dia tak give up, dia sayang career dy...tapi dia punya berlagak and ego tu takleh blah..... -.-" nak tau dia terus berlagak or berubah sebab kemalangan tu...?? sila lah tengok ye. dijamin puas hati ;)


kemana hilangnya satu lagi star? well, sebab tak suka ending yang tak betul2 ending. boleh macam tu? hahahaha. thats all. till next entry~ byebye^^


 

Wednesday, January 6, 2016

[Filem] Langit Cinta 2016

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Pembuka tirai filem tempatan di tahun 2016, Langit Cinta. Filem arahan Osman Ali ini dibintangi oleh Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleh, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi, akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai esok, 7 Januari 2016. Jom ramai-ramai pergi support filem tempatan yaa ;)


Sinopsis
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Lakonan Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Alif jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannnya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Alif terpaksa meinggalkan Khadijah sementara waktu untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi, dia sudah tidak pulang lagi. Tetapi Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan hilang ingatan. 
Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif akan dapat mengingati semula tentang isterinya, Khadijah? Dan adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif?


Nak tahu? jom sama-sama serbu pawagam mulai esok. hehehe. nota jari jemari: iols #teamLeroy ! okaybye. hahaha. jom layan lagu OST Langit Cinta by Dayang Nurfaizah ni dulu sementara tunggu esok (^^,)



#LangitCinta
#PenantianCintaSejati
#CintaSampaiLangit

Xtra : Filem ini juga diadaptasi ke novel. boleh baca Bab 1-19 di [ SINI ] .. nak baca full sila beli novel. hihi. byebye. xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...