Showing posts with label food and drink. Show all posts
Showing posts with label food and drink. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Day #8: Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Task hari ke-8 minta gambar makanan yang sedang dimakan. Sebenarnya Fina terlupa pasal tajuk challenge hari ni. Hahaha. So, tadi lepas paper, terus balik bilik, malas nak singgah cafe, taklapar sangat pun. Pastu ingat nak makan apa yang ada kat bilik je. Sambil 'memasak' makanan yang nak dimakan tu, scroll FB JDT Blogger nak blogwalking, pastu terperasan tajuk task hari ni. Terus was like "alamak!".. Hahahaha. So.......

 

Ini je lah yang hado untuk task hari ni. Sebab tak sure nak turun cafe tak lagi petang and malam ni. So, post je lah terus. hahahah. It's Mamee Chef Laksa Kari yaww! Fina memang suka semua perisa Mamee Chef ni. my most fav megi laa kiranya. heheheh. Paling suka tomyam, tapi takde stok sekarang. Hmm. Sebab apa suka Mamee Chef? Sebab dia mi segera yang bukan just mi-perencah-air (megi student yg stay kolej, takde dapur).. Dia ada sayur-sayur macam kita masak kat rumah. fefeeling like makan megi kat rumah, thats why suka. tomyam ada udang kering, walaupun kecik, sodappp wey! 

ni bungkusan dy. cr: pokcik google
Itulah makanan yang sedang dimakan. megi sajo. tapi sodappp. Heheh. Musim exam makan megi? Alahh...bukan tetiap hari pun. ikut mood laπŸ˜‡ okay, settle task hari ni. annyeong!^^


Monday, November 21, 2016

[ #ScoopFest2016 ] Ice-Cream Durian is the best! XD

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo...
Bersundate dengan my Adiwangsa Girls dekat #ScoopFest2016 semalam. Mungkin orang takahu yang budak ni memang hantu ice-cream. heheh. tapi terpaksa tahan diri untuk tak over beli sangat. biasa lah, dah hujung sem kan. faham-faham laa kenapa. heheheh. ditambah plak dengan batuk, so pergi pusing-pusing je lah. *ruginya takdapat rasa semuaa! T_T*
Dalam banyak-banyak ice-cream kat situ.. yang ni paling takboleh ignore sekali... ICE-CREAM DURIAN! Gilaa nak ignore. Durian kot! Yes, budak ni jugak hantu durian. letak 2-3 bijik durian depan mata pun boleh habis. heheheh
Sedap sangat! Serious tak tipu. Rasa macam makan buah Durian yang beku, bukan rasa ice-cream perisa durian. Faham idok? Maksud dia memang betul-betul rasa buah, yang beku. puas hati beli ni RM 7.. kalau takbatuk, dah bedal satu lagi. hahahah
Mana nak dapat ice-cream ni? check instagram kat bawah ni ;)

Thankyou Parabella Ice Cream for this awesome ice-cream XD oh! what happen to my "ice-cream eating contest" ?? haa. jangan tanya, kalahh! hahahah. tapi dapat ice-cream semangkuk. okay ah. ;p
lanje selpie satu ;p 
my Adiwangsa and our advisor, Miss Dayah^^
 

Saturday, November 22, 2014

Today's Dinner #2 : Homemade Char Kuey Teow

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 


okay. another dinner made by our masterchef, kakngah. muehehe. char kuey teow plak^^
sorry laa. tak sempat nak sertakan resepi kat sini. tsk. *walaupun fina tau mesti ramai yang dah reti buat. hahaha. 

Foooodd:

Thursday, November 20, 2014

Today's Dinner : Homemade Garlic Bread

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

hye korang~ dah baca pasal my very own < a simple yet yummy breakfast > dengan < a simple yet delicious lunch (by mom) > ?? kalau belum, pergi laa tengok. hehe. simple tapi mengancam gitu (bagi fina laa). keke. menu kat rumah time cuti. hehe. okay. back to the topic. Garlic Bread! :D
main dia Garlic Bread tu. ditambah dengan sosej, telur, brokoli, sos, mayonis..perghhhh. sedap tak terkata. serius makan ni kenyang. ha! tak dilupa jugak Jus Kiwi. heheh. so..thats my dinner^^ disediakan oleh my beloved sister-in-law, Kak Ngah^^

Bahan-Bahan untuk Garlic Bread
  • beberapa keping roti
  • mentega
  • daun parsley
  • beberapa ulas bawang putih/serbuk garlic


Wednesday, November 19, 2014

Today's Lunch : Simple and Sedap!

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Luncheon time! ha. kalau kelmarin Fina share pasal < a simple yet yummy breakfast > . hari ni nak share pasal a simple yet delicious lunch. XD kerlass kau jahh. hahaha ;p so..ini dia....

Nasi Putih + Kicap + Sayur Lemak Pucuk Manis Keledek + Sayur Manis Betik + Kari Ikan
+ Sky Juice

sedap baq hiangg! hahaha. lagi bertambah sedap bila mak yang masak. nyum nyum. oh. sila zoom in untuk cari ikan. lol. ikan bulat kecik kena lindung ngan betik. haha. sayur manis betik memang favourite *-* sayur lemak tu Fina makan ubi je. pucuk tak makan pun. hehe ^_^)v
macam tu je Fina makan nasi kat rumah. well, as simple as that. ^^ less than 2 weeks balik kolej dah..tunggu weekend laa nak merasa mak masak. huwaaa TuT

Google


 

Tuesday, November 18, 2014

Today's Breakfast

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo...

selamat pagi! dah sarapan pagi belum? dah? bagus^^ yang belum sila sarapan okay? don't skip your breakfast! :) apa sarapan favourite or sarapan pilihan korang? share laa. heee^^

simple yet yummy breakfast. hahaha. LivYoung G-Power Coffee dengan biskut. fina jarang ambil yang berat-berat untuk breakfast seawal jam 6-8 pagi. kalau pukul 9 ke atas baru nak makan, okay laa makan nasi lemak ke mee goreng ke. hoho.

tetiba feeling nak share breakfast pagi ni. hahaha. have a nice day, people! ^_~

sedikit info^^
cr as tagged on the pic
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...