.

.
"Sweetest Festival Ever" 13 May 2017 | Red Carpet Avenue Strand Mall, Kota Damansara

Monday, December 1, 2014

SEBAB Status Glitterati Nuffnang bertukar

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
korang dah baca entry < Glitterati bertukar ke Non-Glitterati > ? Kalau belum baca, klik link tu ok? :) agak terkejut beruk laa Fina bila status tetiba bertukar. sebelum ni masa hiatus dari blogging pun, status Glitterati tu kekal je. sekarang bila aktif balik berblogging..tiba-tiba status bertukar maunya tak terkejut? haha.

benda yang jadi mesti bersebab kan? chewahh ;p yeap. of course laa ada sebab kenapa status tu ditarik balik. mungkin korang dah tau sebabnya..tapi Fina nak share laa jugak bedasarkan pengalaman sendiri. plus mungkin ada yang taktau lagi :)

at first, yang Fina tau..untuk mengekalkan status exclusive ni..kita takboleh menduakan Nuffnang. maksudnya letak iklan dari Ads Network yang lain. Fina pernah letak iklan lain...tapi sekejap je. Fina merajuk dengan Ads Network tu sebab earnings Fina nak dekat RM50 dah tetiba jadi RM0. wahh. sakit hati bebb. hahaha. terus buang and give my loyalty to Nuffnang.

Tetiba plak tengah setia, status Glitterati bertukar. frust! haha. lepas je perasan and update < entry ni >, Fina terus send ticket kat Nuffnang tanya kenapa status boleh bertukar. Fina send ticket pagi..sampai ke petang tak reply2. so, decided untuk google. kenapa laa tak terpk awal2. haih.

google punya google...Fina jumpa point lain untuk kekalkan status Glitterati ni..which is.. blog yang didaftarkan dengan Nuffnang mesti laa aktif.. sekurang-kurangnya 1 visitor sehari. then baru Fina ingat.. few days ago Fina ada tambah account tumblr Fina kat Nuffnang. tumblr Fina baru nak aktif balik...tapi ada laa 2-3 hari without visitor. ouch. tu la penyebabnya.

terus Fina remove account tumblr tu dari Nuffnang. and remove Nuffnang yang dekat tumblr tu. lepas dah remove semua..baru dapat reply dari Staff Nuffnang ::

so...betul lah. puncanya bukan masalah teknikal ke ape. salah diri sendiri sebenarnya, gatai tangan sangat pi tambah tumblr yang baru nak aktif balik tu kenapa. haha. for now focus kat blog ni je dulu. ^^ earnings CPUV tu bukan hilang macam tu je. earnings tu di'kreditkan terus. so, kiranya..earnings still sama laa sebenarnya. Fina yang lambat tau. ish. haha.

oh. ni ada rakan blogger, Sakura share dengan Fina yang staff nuffnang reply dekat dia :)
Thanks Sakura!^^
diorang cakap akan dapat balik status Glitterati tu dalam masa 7 Hari. tapi sehari pon taksampai. Thanks Nuffnang^^ so korang..pengajarannya..jangan dok gatai tangan pi tambah blog baru yang tak atif dalam akaun Nuffnang korang k. kalau ada blog baru, bagi aktif dulu, baru letak iklan Nuffnang. kalau tak sayang je CPUV yang tengah on going bertukar jadi CPC.

wah. panjangnya entry! hahaha. till next entry, byeee! ^_~
 

5 Stars Talking:

Flawless Sakura said...

Nice sharing dear :)

eamy milea said...

owh patut laa...tq dik

ExpanDroiders [Dot] Com said...

nice info.. tq sharing... bru je dpt status exclusive tu.. nk tmbh ilmi sikiT. Hhehe

Ajiez- IT said...

Assalamualaikum,, sy nak tanye,sy punya nuffnang pun dah xggelihati dah jadi biasa...kalau sy tambah google adsense boleh ke> ade yang kata boleh..xtau la...

Edrina Zulkafli said...

@Ajiez- IT sekarang dah takde status tu latanya. semua dah sama... boleh je letak ads lain sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...