Monday, January 18, 2016

[Drama] Sha dan Shah

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Lepas Kau Aku Kita, ni another drama yang buat Fina completely jatuh hati lepas tengok 1 episode je. Tapi Kau Aku Kita separuh cerita baru Fina tertengok (Eps 6) .. lepas tu semput catch up. hahaha. yang Sha dan Shah ni, Fina follow dari minggu pertama lagi XD

terbaik ah gandingan Kamal Adli and Syatilla Melvin ni. diorang tersangatlah comel-sweet-kelakar .. and Fina rasa, ni lakonan paling best Kamal. heheh. takpernah takgelak tengok drama ni especially part Kamal Adli cakap laju2 and buat comel.. kelakar habiss!

malam ni dah Episode 9..jom lah ramai-ramai tengok! besttt weyyy ;) check segala info di bawah ya^^

Drama: Sha & Shah
Episod: -
Hari/Masa: Isnin-Khamis, 10:00malam
Siaran: Astro Ria & Ria HD
Novelis: Sha Ibrahim 
Pengarah: Eyra Rahman
Terbitan: MIG Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan.

Sinopsis
Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah (lakonan Kamal Adli) dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusanuntuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hnaya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodhkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkah Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya??



Nak tahu kesudahannya, kena lah tengok. fully recommended! heheh. jom layan OST dulu sementara tunggu pukul 10. (^^,)


 

Saturday, January 16, 2016

Konsert 5 DIVO - 5 Artis, 3 Negara, 1 Pentas.

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Laugh Out Loud Entertainment mempersembahkan Konsert 5 Divo! 5 penyanyi dari 3 buah negara bakal disatukan di atas pentas yang sama pada 13 Februari 2016. Mereka ialah Taufik Batisah, Afgan, Hazama, Hafiz dan Judika. Konsert ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. 

Tickets detail and seating plan:


Grab your tickets now!! Online purchase available at  < Ticket Pro >



Read More (Click the link below)::


#KarokAJL : Dafi, Nadzmi Adhwa, Janna Nick & Syarul Ridzwan

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Dekat instagram sekarang macam meriah dengan #KarokAJL ..mood Anugerah Juara Lagu ke-30 lah katakan.. Apakah #KarokAJL ?? #KarokAJL ni peraduan yang TV3 tengah buat. senang je nak join, korang pun berpeluang untuk join dan menang.. tengok info dalam gambar kat bawah ni^^


haa. dah faham kan.. wang tunai RM300 weyy. perghh. siapa yang join, goodluck yea.

artis-artis tak kira pelakon ke penyanyi pun ramai yang join #KarokAJL ni untuk promote, then cabar kawan-kawan yang lain untuk join. suka tengok. hahaha. and my favourite semua dah join. check out their videos kat bawah ni^^

Terpaksa buat scroll box sebab video instagram ni besar gedabak. so, korang sila scroll ye, ada 4 video semuanya^^ anyone ada idea macam mana nak kecilkan embed instagram video..??











kerlas tauu Gadaffi nak jadi rapper. hehehe. suara Adhwa, Janna and Syarul memang best. terbaikk ah korang..tepuk tangan sikit. okbai. hahaha.

Banyak lagi video2 #KarokAJL ni, sila pergi instagram dan search #KarokAJL okay? enjoy! till next entry, byebye!

 

Monday, January 11, 2016

First GiveAway by Encik Kidal

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
KLIK SINI UNTUK JOIN
hye! another giveaway gaiss! giveaway ni ada ala-ala contest. taktau lah bernasib baik ke idok, cheq ni takda laa kreatif mana. heheh. itu belakang kira..ikut rezeki masing-masing. yang penting macam biasa, nak support rakan blogger dan memeriahkan giveaway^^ so...lets start!!

hadiah pilihan : customize notebook/planner


awat pilih hadiah ni? sebab suka lah! hehehe. plus plus, cheq takdak lagi planner 2016. so, kalau ada rezeki, boleh dapat planner. senang nak plan jadual.customize lagi chuols. cheq memang obses dengan barang2 customize ni ;) cantikk kottt customize planner ni....! nakkkkk! T_T ok,next task.........!


Azam saya pada tahun 2016 adalah ........

banyak sebenarnya azam tahun ni...Fina tulis yang utama je lah eh.. check it out!
first, Fina namakan azam 3.5...apakah 3.5? students mesti tau kan? azam nak dapat Dean List. 6 sem diploma sampai dah grad, takpernah merasa tengok pointer 3.5 terpampang kat result. so degree life ni, hopefully ada rezeki gapai 3.5 tu. doakan Fina eh.

next azam berkait dengan azam yang first.. nak lawan penyakit malas dan kurangkan term 'terlampau rilex'..yelah, nak capai azam yang first tu, kena lah usaha betul2..takleh malas dan banyak main.

another azam, nak saving! tahun lepas failed menyimpan ni. asal simpan duit je, dah banyak sikit, guna untuk benda lain. tahun ni tak boleh jadi, kena control jiwa raga. dua puluh dua tahun dah kot, takkan nak menyusahkan mak ayah bagi duit tiap masa kot. kann? plus wajib ada simpanan untuk masa depan. ada laa plan something untuk buat simpanan duit..sorry takleh reveal sini, sebab masih dalam perancangan. :)

dan lagi, Fina nak serius berblogging. eh. selama ni tak serius ke? hahaha. serius laa. tapi asyik jadi Blogger Chipsmore je..kejap update kejap idok..kali ni nak bagi blog ni hidup kembali. at least sehari, satu entry. insyaAllah..

so, kesimpulannya, Fina berazam tahun 2016 ni untuk mencapai segala azam yang dinyatakan di sini plus yang takdinyatakan jugak dan...berazam untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni :) amin....

Instagram : @nuredrina & @estrella.heart

Tag : Huda and Shida :)







okay. done! :D

niat d'hati nak meriahkan giveaway ini,
tapi tipu lah kalau cakap tak menaruh harapan untuk dapat hadiah pilihan hati. hehehe.

segala syarat telah dipatuhi, 
harap-harapnya entry ni dapatlah menambat penganjur dan para sponsor punya hati ^_^

eh eh. t'keluar pantun tak jadi plak. hahaha. okay itu saja. lambat lagi due date, so, jom join ramai2! ;) byebye. xoxo


Sunday, January 10, 2016

Kamulah Wanita by Nadzmi Adhwa

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

yuhuuu. just drop by sebab nak share lagu ni dengan korang. lagu yang first time dengar terus jatuh hati^^ dengar masa hujung tahun lepas lagi, tapi baru tadi teringat tak share kat sini lagi. hehehe. so....check it out! ;)

Lyrics
Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu
Ku mencari, cinta sejati untuk diriku
Di mana kamu, di mana kamu sayang
Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa
Jadi sepertimu
Tak ada yang bisa
Jadi penggantimu

Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu
Ku mencari, cinta sejati untuk diriku
Di mana kamu, di mana kamu sayang
Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa
Jadi sepertimu
Tak ada yang bisa
Jadi penggantimu

Tak ada yang bisa, membuatku jatuh cinta
Selain dirimu, selain kamu saja

Akulah wanita pujaan hatimu
Akulah wanita gadis idamanmu

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa
Jadi sepertimu
Tak ada yang bisa
Jadi penggantimu

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku

Follow :-
Instagram - @nadzmiadhwa / @adhwarizado






Twitter - @nadzmiadhwa / @Nadzmiadhwa_fc

amacam? best ke idok?? best kannnn... unik suara Tengku Zaqif ni.. saya suka saya suka. eh. macam upin ipin plak. hahaha. lyric dia pun simple jea, senang nak sing along~~ (^^,)
eh! Guys!! kalau video kat atas tu mencapai 100K Views...ada suprise music video tauuu! Adhwa tweet gtau hari tu. so, please please please view yang Official video yea.. yang iols share kat atas tu tau! thanks^^ 
okay lah, chow!! ehhhh.... jap.. final paper for first semester of degree life lagi 5 hari yaww! wish me luck. adios ~~


APA KESAN TUKAR URL BLOG....???

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
.

hye korang! fina terasa nak tukar URL blog laa.. so, nak tanya ni, apa kesan tukar url blog?? contoh dia.... dari eeeee.blogspot.com tukar ke blogblog.blogspot.com ?? tukar url yang masih [dot]blogspot...bukan tukar domain..hehehe. sesiapa yang tahu, tolong fina please... terima kasihh^^

1) entry terbaru akan naik di dashboard follower dulu-dulu tak...??
2) entry lama boleh redirect tak? caranya?
3) segala widget akan terganggu ke??

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

JOM JOIN KLIK SINI^^

Thursday, January 7, 2016

[Drama] Anakku Diva

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Hai hampa semuaa. kami nak ajak hampa semua tengok drama yang sedang ditayangkan di slot Dahlia TV3 sekarang nih... Anakku Diva.. besttt weyyyy.. kami kerja gelak ja tengok ni. hahahaha. mmg berkenan tengok cerita ada cakap utagha..kami kan orang Perlis. heheh. oh ya! ni bukan adaptasi novel.. haa! nak tau detail..?? scroll down yaa ;)

Drama: Anakku Diva
Episod: 13 Episod
Siaran: Slot Dahlia TV3
Hari/Masa: Jumaat-Ahad, 7pm-8pm
Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil/Marr Mohammad
Pengarah: Hj Azman Yahya @ Jinggo
Pelakon: Janna Nick, Ardell Aryana, Farzana Latiff, Dania Erisha, Sajiri, Emylia, Zoey Rahman, Erwin Dawson, Fara Mendoza, Zalfa Zin, Mimie Haris Haeriyanyo, Fiza Halim,Ramona Zamzam, Shakila Khoriri.

cerita ni tak missed trending kat twitter untuk episod 1 ngan 2.. cayalah Janna Nickers and fans Anakku Diva.. sebelum cerita start pun dah trending.. memang ohsemm (Y)

          

kat kolej takleh tengok tv, nasib laa boleh streaming kat Tonton *joget joget* heheh. gigih kami streaming sebab nak tengok gelagat Mak Jena (as Melati) dengan family dia dalam cita nih^^ ohyeah...kami Team Melati .. keke.. esok Episod 3..jom ramai2 tengok naa ;)

A video posted by Behind The Scene (@jspictures_js) on


"Apa akan terjadi apabila 3 puteri dari utagha tinggal sebumbung dengan 3 puteri kota metropolitan?" nak tau kena laa tengok Anakku Diva! ;)
TONTON ANAKKU DIVA ONLINE [KLIK SINI]


#anakkudiva
#teamMelati

Wednesday, January 6, 2016

[Filem] Langit Cinta 2016

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Pembuka tirai filem tempatan di tahun 2016, Langit Cinta. Filem arahan Osman Ali ini dibintangi oleh Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleh, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi, akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai esok, 7 Januari 2016. Jom ramai-ramai pergi support filem tempatan yaa ;)


Sinopsis
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Lakonan Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Alif jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannnya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Alif terpaksa meinggalkan Khadijah sementara waktu untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi, dia sudah tidak pulang lagi. Tetapi Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan hilang ingatan. 
Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif akan dapat mengingati semula tentang isterinya, Khadijah? Dan adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif?


Nak tahu? jom sama-sama serbu pawagam mulai esok. hehehe. nota jari jemari: iols #teamLeroy ! okaybye. hahaha. jom layan lagu OST Langit Cinta by Dayang Nurfaizah ni dulu sementara tunggu esok (^^,)



#LangitCinta
#PenantianCintaSejati
#CintaSampaiLangit

Xtra : Filem ini juga diadaptasi ke novel. boleh baca Bab 1-19 di [ SINI ] .. nak baca full sila beli novel. hihi. byebye. xoxo

Widget Followers Hilanggg! [Resolved!]

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo...
hye! hari tu fina ada update widget follower kat sidebar hilang kan...dah ada balik dah^^
Setting > Basic > Edit Title (alphabet je, jangan letak symbol) > Save
oyeahhh. *joget joget* hahahaha. rupanya kena tukar title blog je. takleh ada symbol dah eh sekarang ni kat title blog? adoyaii. lepas tukar title, okay balik. thanks to Khalid Kyle sebab tolong gtau :)


fina simpan sini...incase laa jadi kat blogger lain plak nanti. huhu. k thats all. byebye^^

 

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat

Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo...
 NAKJOIN KLIK SINI ;)
NAK JOIN KLIK SINI
Tag : Sofie^^
Tamat : 8 JAN 2016


giveaway pertama di 2016. ada rezeki ke idok? sama-sama lah tunggu keputusannya nanti. ha begitu. hahaha. xoxo 

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ψ§Ω„Ω„ّΩ‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِيْΩ…ِ
Ψ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ



(klik banner kalau nak join sekali)

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.

Tarikh Tamat : 15 Januari 2016
 

Monday, January 4, 2016

Selamat Tahun baru 2016

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 


Hye korang! Happy New Year 2016!^^ Tudia, dah masuk page 4/366 baru update. hahaha. tadi ada paper. saja tuggu habis paper dulu, baru update blog :D rasa macam dah lama tak update...sayang sangat rasa kat blog ni...biasa lah busy ke sana ke mari. heheheh. insyaAllah tahun ni, tak biar dah blog ni krik krik macam tahun lepas ;)

Azam? Wishlist? sama ja macam tahun2 lepas, nak jadi yang lebih baik. and wishlist terpenting.. 3.5.. berharap sangat..tapi untuk first sem degree ni rasa macam takdapat je :( tapi still berharap. insyaAllah..korang doa2kan lah eh. hehe. semoga tahun ni menjadi lebih baik untuk kita semua :)



okay lah. tu je kot untuk first entry 2016 ni.. nak throwback memory 2015 pun, ada masalah teknikal tak boleh upload gambar dari lappy -.-' so...thats all.. till next entry..byebye! xoxo

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...