Wednesday, January 6, 2016

[Filem] Langit Cinta 2016

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 

Pembuka tirai filem tempatan di tahun 2016, Langit Cinta. Filem arahan Osman Ali ini dibintangi oleh Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleh, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi, akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai esok, 7 Januari 2016. Jom ramai-ramai pergi support filem tempatan yaa ;)


Sinopsis
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Lakonan Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Alif jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannnya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Alif terpaksa meinggalkan Khadijah sementara waktu untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi, dia sudah tidak pulang lagi. Tetapi Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan hilang ingatan. 
Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif akan dapat mengingati semula tentang isterinya, Khadijah? Dan adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif?


Nak tahu? jom sama-sama serbu pawagam mulai esok. hehehe. nota jari jemari: iols #teamLeroy ! okaybye. hahaha. jom layan lagu OST Langit Cinta by Dayang Nurfaizah ni dulu sementara tunggu esok (^^,)



#LangitCinta
#PenantianCintaSejati
#CintaSampaiLangit

Xtra : Filem ini juga diadaptasi ke novel. boleh baca Bab 1-19 di [ SINI ] .. nak baca full sila beli novel. hihi. byebye. xoxo

3 Stars Talking:

YatieOwner said...

Wa. Macam best je kan. Kena pergi tengok ni ;)
Tq share! :)

nurhuda said...

laa.. macam tu rupanya cite dia. tengok iklann kat tv x berapa faham. skrg da faham da. thanks ! :D

Sofie Adie said...

oh gosh! baru tgok trailer dh nak nanges...huuhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...