Wednesday, November 30, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #7: A Blog Review

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
OMG! Final Day! YEAY! 😆 Blog mana nak review? ahaaa! ini dia....... Blog Unni Anje . So, here a simple review from me^^

Unni Anje
Kayu Manis Semanis Hidupku
Kenapa Unni Anje? Sebab Fina selalu nampak dia je kat ruang komen blog akhir-akhir ni. So, Kira macam appreciation post laa ni. heheh. Thanks Unni sebab selalu jenguk sini 💗 

Blog Unni simple je ber'background plain white, header pun kemas je. Simple yet super nice😍 Unni share banyak benda. Antaranya; masakan dan travel. part masakan tu, terliur Fina tengok rambutan asam boi nya.macam sedap je. Unni rajin join segmen and buat days challenge. Paling penting, blog takberat, cepat je loading. saya suka saya suka😍 haa. itu je. simple review kan. heheh. korang sila terjah Unni Anje okay. klik gambar kat atas tu😉


YEAYYY! DONE 7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE BY RII XD Check This Out ;) ↓

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
 

Tuesday, November 29, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #6: Random Post

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

#EVENTGERSTUESDAY

"Eventgers" stand for Event Managers represent students Event Management (BM236), UiTM Selangor (Kampus Puncak Alam). Eventgers Tuesday? Theme untuk student BM236 berpakaian setiap hari selasa. So, kalau hari Selasa nampak mereka-mereka yang berjalan pakaian warna sama ja, tu lah eventgers. heheh.

Theme ni tak specific untuk color je, boleh jadi pattern-- checkered ke, polka dot ke, baju tradisional ke, office attire ke etc. Students event setiap kelas ada nama. Contoh nama ktaorang, Adiwangsa Event. tu group kelas hakak. heheh. Tak, sebenarnya nak cakap, kalau dalam minggu tu ada event by any kelas ni, kelas yang ada event tu akan decide theme apa prior to diorang punya event. So, macam support the event laa students lain yang pakai ikut tema ni. hehe. Kalau takda event, AEMS yang tentukan theme apa.

Fina selalu ke follow theme? Selalu!! kalau ada baju warna tu and jenis tu...kalau takda....ermmm. tengok orang lain je lah pakai😅 Nah lanje gambar sikit~~


Adiwangsa Event


50 Shades of Blue - BNR 3.0

 

Colour Block - KiFA 2016


Pastel Colors - Scoop Fest



*Pilih ni untuk challenge day 6 ni sebab hari ni hari Selasa. ni random thinggy yag terkeluar masa pk tadi. hahah

Monday, November 28, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #5: A Book Review

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
I'M A BACKPACKER: KOREA by Halian Azurin

"Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan. Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca tv? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi?"

Temui jawapan untuk soalan-soalan di atas menerusi buku ini😉One of my dreams, nak travel around the world suatu hari nanti. Of course laa Korea Selatan ada dalam list. Heheh. Teringin nak jadi backpacker. So, nampak ada orang offer buku ni, terus order.

Banyak info korang boleh dapat melalui buku ni. Antaranya basic things pasal penduduk kat sana, contoh, segala days yang diorang sambut kat sana; White Day, Black Day, Pepero Day. Kalau Kpopers mesti tau pasal Days ni kan? Selain tu, pasal bahasa diorang, tulisan hangul and ayat yang kita boleh guna untuk communicate dengan Koreans. Boleh laa korang belajar dulu perkataan dia and ayat sikit, mana lah tau pergi sana, nampak simple words boleh baca. Huruf hangul senang nak ingat. 

Buku ni jugak ada info pasal 4 musim di Korea. Ada suggestion barang apa kena bawak ikut musim masa kita pergi sana tu. Apa yang kena pakai pun penulis include sekali. Bagus kan? Boleh kita prepare siap-siap. 

Tips macam mana nak survive di Korea (Survival Skill) and tips untuk tak sesat di Korea pun ada. Kat mana nak tinggal, kat mana nak cari makanan halal, macam mana nak solat and survival dalam toilet. Toilet diorang takmacam toilet kita. sekian. hahah. Sesuai sangat laa tips tu untuk backpackers or solo traveler😍 

Pasal sejarah Korea pun ada tau. Boleh study dulu sikit. So, sampai sana nanti macam tak terkejut sangat. hehehe. Nak tahu pasal akar umbi Kpop?? Dalam buku ni ada cerita^^ Selain Seoul, penulis ada jugak cerita pasal Busan and Jeju. huwaa. teringin nak pergi dedua ni! lepas baca buku ni, lagi rasa nak pergi😢

Dalam buku ni ada kupon ekslusif Shin Chon Hostel Guest House. Dapat discount plus ada peta macam mana nak ke guest house ni? Nak? Beli buku ni. 

"Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca tv. Dalam buku ni, tidak ada yang imaginasi, yang ada hanya realiti"

Published by: Puteh Press
Price: RM23 (SM) / RM26 (SS)
 

Sunday, November 27, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #4: A Tutorial

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...
CARA DOWNLOAD GAMBAR DARI INSTAGRAM MELALUI WEBSITE

Kalau dalam phone, ada macam-macam apps boleh download gambar dari Instagram. Kalau nak guna laptop macam mana? For your information, kalau bukak instagram.com ..kita tak boleh right click → save image as gambar tu. So, mai sini nak bagi tutorial macam mana nak download gambar dari Instagram without dowloading any software to your laptop😄

1. Open www.instagram.com → Open the profile of the picture owner
2. Right Click on the picture you want to download → Open link in new tab
3. Copy URL
4. Go to www.dinsta.com/
5. Paste URL into the box → Click "Go"
6. Click "Download"
7. DONE! 

Senang kan? takpayah tunggu download and install software. bukak web and gambar dah siap download. gitu. heheh. yeay! Day 4 done. Currently at Klang Sentral and updating this sementara tunggu bas. Thankyou Sani Express sebab provide wifi^^ Balik kampung hari ni! hoyeah! 😆

Fina jarang buat Tutorial. tapi kalau ada orang request, On saja😊 Kalau nak request, tinggalkan komen ek. tapi berkaitan blog/website/computer dan seangkatan dengannya okay ah. Jangan request Tutorial makeup plak. cheq takpandai makeup. hehehe. toodles!
 

Saturday, November 26, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #3: Appreciation Post

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

Kalau korang tahu, Fina fangirl of few artiste.. So, challenge ni memang betul2 cabaran ni. Susah nak pilih sorang je. hahaha. tapi in the end, here it is.... I choose him, my bias in Korean Boy Group, the leader of SHINee, ONEW.
SHINee Onew
A little things about him
Name: Lee Jinki
Stage name: Onew
D.O.B: 14 December 1989
Group: SHINee
SNS: Twitter Instagram

Onew debut dengan SHINee 8 tahun lepas, 25 May 2008. Tapi Fina baru minat dia (sekali SHINee) start 2011 lepas tengok SHINee Hello Baby. Curious nak tahu kenapa dia takboleh pegang langsung Yoogeun (baby tu). Tapi nampak laa dia sayang. comelll😭 Makin lama makin minat dia, suara sedap gilaa, and senyuman dia....💘💘 heheh. tak minat semata-mata sebab dia handsome okay. dulu dia tak super hot macam sekarang but I still fall in love. heheheh. Eh! nak dengar dia nyanyi? Klik I Won't Give Up or In Your Eyes or One Year Later (ft. Jessica) or Can I Have This Dance (ft. Luna) or Search SHINee or bukak one of these video and you'll found the related video. hehehe. nampak tak banyak option ✌


Dia mengacara and berlakon jugak. Tengok Descendants of The Sun? Ni lah Dr. Lee Chi Hoon❤ Last year dia menang Best Leader Award di SBS Gayo Daejun and tahun ni menang Newcomer Scene Stealer Award di 2016 Scene Stealer Festival. proud of my oppa. eheheher

SHINee
Leader who is loved by the members
Newcomer Scene Stealer Award
sekarang dia host program Eat Sleep Eat (tvN). Episode 2 hari tu, diorang shoot kat Sabah😃 Sedih takdapat jumpa dia masa dia mai Malaysia. yelah, dia pi Sabah, Fina kat Yuaitiemm ni ha. hahaha. kalau KL kot lah boleh lari pergi kejap kan. takda rezeki lagi nak jumpa. Before yang ni pun, dia gi Sabah jugak, untuk Law of The Jungle Borneo. Klik link kalau nak tengok ye 

Harap sangat dapat peluang jumpa dia and SHINee live suatu hari nanti. huhuhuhu

Hmm. Rasa nak tulis lagi, tapi better stop kat sini. Panjang sangat kang takda orang baca. hehehe. Fina dah highlight important part pasal this awesome guy. Kalau korang nak tahu banyak lagi, boleh google ek ;)

oh! sebelum tu, jom layan lagu baru SHINee, Tell Me What To Do❤ annyeong!


 

Friday, November 25, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #2: A Movie Review

Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...

The Devil Wears Prada
Taktahu nak review movie apa. Yang ni je terlintas kat fikiran sebab guna movie ni untuk assignment Movie Review course Organizational Behaviour hari tu. hehehe

Miranda

Okay tajuk movie ni macam yang korang boleh baca kat atas tu, The Devil Wears Prada. Movie ni mengisahkan tentang Andrea Sachs, seorang fresh graduate dari Northwestern University yang dapat kerja di sebuah syarikat penerbitan majalah fesyen, Runway .. Dia dapat kerja yang orang kata "a million girls would kill for" ..  macam kerja ni Dream Job semua girls dekat sana laa. Kerja apa? Junior Assistant a.k.a Pembantu Peribadi kepada so perfectionist Chief Editor dekat company tu, Miranda Priestly.
The Devil Wears Prada
Andrea ni memang zero pasal fesyen sebab dia nak jadi journalist. Sebab ilmu dia pasal fesyen kurang, dia macam diperlekehkan oleh orang-orang kat company tu terutamanya, Emily Charlton, Senior Assistant Miranda. Yes, si big boss Miranda tu ada dua PA. Biasalah orang super busy kan. Yang Junior Assistant kena beli makanan dia, settle pasal anak-anak dia...yang senior je jaga jadual dia.

Andrea takcantik sangat masa awal-awal plus susah nak buat kerja, tapi nasib ada Art Director yang baik hati tolong dia ubah penampilan, Nigel. Lama-lama Andrea boleh adapt dengan kerja dia. Semua kerja yang Miranda bagi, semua settle. Sampai tahap Miranda tukar position Andrea dengan Emily, means Andrea jadi Senior Assistant. Nak tahu apa jadi next?? Andrea berubah sampai lupa family and kawan?? Emily macam mana?? Nak tau? Pi download and tengok ye kalau tak tengok lagi. Super panjang entry ni satg kalau semua cerita sini. hahaha

5 ✶✶✶✶✶
Hmm. overall cerita ni memang best. Miranda tu takjahat sangat pun. cuma dia semua benda nak perfect, lepas tu macam tak care sangat pasal kebajikan pekerja dia. Tapi kat last-last movie nampak baik dia. hehe. and oh, Fina rasa Andrea tu lagi cantik dari Emily. Hahah. okbye. Hmm. Movie ni banyak pengajaran dia, cerita pasal dalam organization, macam mana motivated untuk tak give up bila buat sesuatu benda baru, macam mana nak handle boss yang suka bagi work overload, dan banyak lagi...silalah tengok kalau tak tengok lagi. Movie lama ni, 2006. 10 tahun lepas but iols baru tengok. sebab assignment ni. thanks Shikin recommend movie nie😃

Miranda Priestly
 

Thursday, November 24, 2016

7 Days, 1 Week Blog Challenge | Day #1: 5 Facts About Yourself

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
Nak buat challenge lah untuk minggu terkahir November ni. Start terus hari ni sebab nak habiskan in November jugak. heheh. oh! 7 Days, 1 Week Blog Challenge ni by Rii a.k.a Sa-Viors . Yang tengah kekeringan idea, taknak blog berhabuk, jom join challenge ni 😉
So here we go.. 5 Facts About Myself:
  • Have lots of nicknames because people can't pronounce my real name. hahah
  • I love events to the max
  • Is struggling to graduate with first class honors 
  • Love study, but hate exam. heheh
  • Treasure my team a lot
See you for Day 2 tmr..annyeong!😊

Know More! ^^ ---> 20 Facts About Me | 10 Facts | 10 Secrets | 5 Things About Myself | 10 Things  

Wednesday, November 23, 2016

Wajah Baru Blogger.com

Assalamualaikum... 
Annyeong Haseyo... 
Terkejut hakak buka blogger.com terus keluar all post punya part. Ingat tersalah type ke apa, type laa lagi sekali kat url tu, Type full..tapi still keluar sama.. I was like, "whereee isss myyyy dashhhhboarrdddd??" Hahahaha. Dia memang keluaq omputih bila terkejut. LOL.

Rupa-rupanya Blogger tukar interface baru laa. Dia letak sidebar kiri kanan bila kita bukak Reading List. Setempek kat situ, nak cari apa2, takpayah scroll jauh-jauh. Nak mudahkan kerja kita la kot. Tapi macam semak sikit, tapi best jugak. Lama-lama nanti kalau dah biasa okay laa kot. heheh

Baru update hari ni kan interface baru ni? Sebab ingat pagi tadi bukak blog before pi kelas, yang lama punya lagi. huhuhu

Masa nak buat posting ni, perasan something. ada icon emoji (refer gambar). Kita boleh letak special characters dalam post kita, macam; emoji, arrow etc. Sebelum ni takdak kan? ka ada tapi Fina yang takperasan. hahahaha. aigoo. Mai test sikit ❤😍💦 wow. cantik laa posting nanti. heheh

okay, itu saja for now. Ada assignment menanti, esok presentation. isk. wish me luck. till next post, annyeong!😃
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...